Assalamualaikum semua!! ^__^
Kali ni 'Akak' nak berkongsi cerita pasal kem yang akak join on 29 & 30 april baru ni. Seronok!!! First time dalam hidup menembak... haha... jap2, 'Akak'?? Saje je.. kebetulan lepas check-out dari kolej kediaman asal, then check-in bilik baru, ada seorang adik hantar message panggil shahida-Kak Wan sebab nak duduk sebilik.. alahai, alah betul dengan nama tu dik! huhu... Bukan apa, masa matrikulasi dulu ada kawan selalu tegur..
"Hai Wan..." erkk.. tak sedap kedengaran di hawa telinga beta.. eceh!! hoho.. sO, please la jauhi panggilan itu.. buat berdarah telinga je dengar.. hehe... lain orang, lain pendapat kan. But, when i cerita kat 2-3 orang kawan yang join kem ni... al-kisahnya bermula..
"Nama penuh Shahida apa?" tanya Kak Fina..
"Wan Nurshahida..."
"Ha? Ada Wan ke? Taktau pun." .. tak tanya, tak tilik, mana nak tau Kakak sayang oi, intan payuuung.. hehehe...
Then, Shahida pun bukak cerita pasai message tadi DAN bermulalah proses menggiat oleh Kak Fina and Lily memanggil Shahida sebagai Kak Wan.. Eee.. tak baik tau.. Huh, tapi tak terkesan pun dalam hati ni, tahu itu hanya sekadar gurauan, penglibur hati...
Berbalik pada program. Hari pertama kami lewat bertolak ke PLKN Batu Jong. Kami tiba dalam jam 10.00 pagi. Fuh, panaazzz tuh... Sampai2 je, kena buat 3 barisan melintang, ala, cam kawad biasa tu la... Briefing by x-tentera, keselamatan by 3 orang jurulatih juga x-taiko tentera.. hehe...
Tengah2 briefing, seorang jurulatih test tali untuk up-selling, fuH!! hebat.. macam jalan atas lantai je dibuatnya.. boleyla ganti Spiderman.. hoho... Lepas ni bersara la Spiderman takdek kerja nak buat.. hehehe... Laju! Berdezut je dia buat test. Then waktu demo untuk up-selling tu pun sama, tau la hebat kan, 2 kali je lepas tali sambil tunjal dinding tu... memangla jurulatih ni naik eksyen kejap.. haha.. saje je cakap camtu. Then, demonstrasi ke-2 dibuat secara perlahan2..
Kami mulakan acara haritu dengan Flying Fox yang bukan Flying Fox, tapi Repailing... entah apa beza pun taktaula, gaya sama je kot... Suara Encik Lan menggamatkan keadaan...
"Angkat kaki tu!! Buat huruf L..." Huh, kecut perut kalau kena sound, kecik ulu ati pun boley.. tapi nasibla Shahida tak kena sound.. turun2 je dari Repailing tu, Encik Lan tanya..
"First time ke??" sambil sengih! Aduhai, manis! Kan bagus kalau Encik Lan ada anak.. mesti segak cam dia. Jalan pun tegap, SMART GITU!! hoho... I adore You la Encik Lan.. ehehe.. satu lagi yang saya suka pasal Encik Lan ialah; Encik Lan tak pilih kasih.. semua pelajar a.k.a peserta wataniah dilayan sama rata.. saya saaayang Encik Lan.. E'eh, kalau Encik Lan baca ni mesti kembang Hidung kan... hehehe.. terlebih memuji pulak...
"Tak adalah, second time.." jawab Shahida.
"Habis tu, muka pucat semacam tu kenapa?" tanya Encik Lan sambil sengih kat muka dia tu tak hilang2... lemah betul la.. hihihi.. Ensem!
"Ala, yang dulu lain, turun dari kerusi..." A'ah, baru teringat masa tu, First time, Eh, NO! Second time naik kat Agro Resort tak ada pulak sangkut2 tangan tu pegang kat atas, kami boleh bebas je kot... masa kat Taman Pertanian Kuantan pun sama, takdekla seram macam ni... Ish3... memang ketagh lutut kejap sebelum turun, hehe.. tapi tang tengah 'Flying' tu, memang fokus betul2 kat tempat perhentian, langsung tak pandang kiri-kanan... ehehehe...
Acara kedua barulah Up-Selling... Fuh, agak kecutla perut...
"Turunkan badan!" arah jurulatih.. sikit-sikit turunkan badan...
"Turun lagi!"
"Okey cukup!" Fuh, okey! sekarang??
"Tegangkan kaki! Buka sikit, biar rapat kat dinding kaki tu" Dah!
"Okey, bengkokkan lutut.." pun sudah!
"Okey, tolak kaki, lepas tali.." tarik nafas.... 1, 2, ti..Ga!
Swinnnng... opSss, melayang...
"O.K, tarik rapat tali ke pinggang!" okey2, tapi kenapa turun sikit je ni??
Okey, ulang balik step tadi, tegang kaki, rapat lutut, tarik nafas dalam2... tunjal! Lepas tali... tarik balik dekat dengan pinggang..
"Lepas la tali tu... turun macam tu je" ada je suara2 sumbang kat bawah tu.. sabarlah! Kalau perempuan2 gedik, cantik2, tak apa2 pulak berlama2... Hish, kejam!
Shahida, sedia! 1, 2, tiiii..... eh-Eh... nape ni? Dah tergantung?? Ih, jeleeez betulla jurulatih ni! Bagi la orang masa untuk dapatkan semangat hutan.. Aiseyman, kan dah berhenti tengah jalan.. saMPai Hati!! MaLAS KaWAN!! Wek! =P
Dah, settle pun Misi pagi tu.. Lepas, solat, makan, kami bertolak ke Padang sasar pulak. Time untuk MENEMBAK!! Hohoho... mula2 masa Encik Lan & Koperal Yusri buat demo, tak sangka pun boleh menembak jugak sebab kami tak practise pun time tu. Basic pun lemah.. entah mana kunci selamat, mana kunci tahan pun taktau...
First time menembak sebagai wataniah tak bertauliah, kami2 yang belum rekrut diberi seorang satu pengasuh.. Hahaha, pengasuh?? Macan baby-sitter je bunyinya.. kikiki...
Mula2 masukkan kelongsong sendiri.. Then, pengasuh take over tekan kunci selamat.
"Nak tembak nanti, pusing balik kunci selamat ni!" Okey! Mata dah dekat teropong target tu.. apa orang panggil? tele? Ntah, tak Hingat!
"Prittt...." bunyi wisel menandakan dah boleh menembak.
"Okey, pusing sekarang..." Dah pusing, sedia Shahida... tu dia target kamu...
"Pow!!" Fuh, berdesing telinga..
"Pow, Pow, POW-pOW, Pow!!" bunyi tembakan bertindan-tindan dari 6 peserta. Shahida pun tembak lagi sampai habis 7 peluru.. tapi entah kena ke tidak.. ehhehe...
Sekarang round ke-2.. peserta yang dah rekrut dahulu... then..
"Yang belum rekrut ni nak menembak lagi ke tak nak?" tanya pegawai bertugas. Semua senyap.
"Ai, saya tanya ni, nak menembak ke tak nak?" ada yang angguk, ada yang giling kepala...
"Nak ke tak nak ni?" tanya pegawai tu lagi..
"Nak!" jawab Shahida... bersahut-sahutan dengan suara yang lain.. hehe..
Akhirnya, dapat peluang kedua.. kalau tadi hanya pada posisi meniarap. Sekarang dalam 4 kedudukan, meniarap, duduk, berlutut, dan berdiri... 20 peluru! tapi Shahida punya peluru belum habis, senapang buat hal... lantOk la dia... hehe... Yang penting Shahida enjoy! hmm, entah2 ada rusa tercedera dalam hutan tu tadi kena peluru sesat budak2 ni, bukan Shahida punya tau... hehe...
Hari kedua kami water confident, berkayak, dan belajar berenang. Nasib air cetek! Dahla berlumpur, geli saya! hehe.. Geli2 pun, amik jugak selut tu tempek kat tangan & muka.. hihihi.. wat rawatan facial kejap.. Time tu jugakla nak try berenang tapi tak lembut2 jugak badan ni nak bagi terapung seimbang. Alih2 sakit bahagian perut.. anyway, kem ni memang enjoy! NO TEKANAN, NO GULING2.. NO SUN BURN! haha... nasib je tu tak sun burn.. sebab sekejap je kot main panas hari tu.. bukan macam kawad time latihan tahunan tu...
p/s: Amat enjoy playing together peserta lain.. thanks semua! ^_^ Yang join pi Sabah, ti kita jumpa semula bulan Julai... InsyaAllah...