Thursday, October 2, 2014

Assalamualaikum para pengunjung setia.. haha, perasan la shahida ni... ingat blog dia pemes sgt ke.. Kali ni otak sedang memikirkan tentang jodoh dan pertemuan.. Alhamdulillah baru2 ini berkenalan dengan kwn izzati yang baik dan sporting di Putrajaya.
Walaupun pertemuan singkat dalam 3 hari, rasa macam dah kenal lama.. Paling terbaru Angah Ain Aten, baik sangat sambut kami semasa menumpang tidur untuk majlis konvo Aten di UTeM. Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan kami dengan khalifah2Mu yang baik budi..
Jodoh.. sungguh banyak cara Allah tetapkan agar hambaNya menemui pasangan Mereka.. ada yang bertemu ketika sama2 berkursus, ada yang bertemu di tempat kerja, ada yang mengenali sejak sekolah tetapi bertemu kembali, ada yang bertemu di panggung wayang, ada yang ditentukan jodoh oleh ibu bapa, ada yang berjumpa di shopping mall, ada juga yang bertemu jodoh dengan jasa kawan2 yang mempertemukan mereka, dan banyak lagi.. tak kurang juga di zaman moden ini yang mana pasangan2 pengantin yang bertemu jodoh di laman sosial seperti facebook, wechat, beetalk dan sebagainya.. Namun, aku pula masih mencari di mana letaknya tempat tulang rusuk ini yang Allah jadikan untukku bertaut. Kehilangan ayah membuat aku terfikir, kuatnya emak merungkah dunia dengan telatah anak2 yang sudah dewasa. Emak, angah sayang mak.. Angah sayang adik2, angah tak tahu di mana kekuatan angah, angah perlu cari Allah untuk perbaiki diri angah.. in shaa Allah angah akan balas jasa emak, adik2, along semua..

1 comment: