Thursday, July 11, 2013

Tahniah Izzati for your Long Call!!! ^_^

Tahniah, tahniah, dan tahniah buat sahabatku Nor Izzati Bt Zakaria di atas kejayaan beliau menghabiskan praktikal sebagai pelatih peguam dan kini sudah bergelar Peguam Malaya.. Tumpang gembira untuk sahabat yang sentiasa berkongsi cerita suka dan duka bersama. Anyway, sorry bangat sebab tak dapat join Majlis Long Call kamu. At last, adik Shahida sudi menjadi wakil diri ini untuk pergi ke Majlis Gilang Gemilang Izzati. Wah, Marliana pun datang.. rindu sama kamu! Lama tak ketemu.. agaknya, raya nantila Geng Van Hijau bertemu kembali.. huhu, in shaa Allah jika masih ada umur yang panjang..


Malam 9 Julai Shahida dah kegelisahan. Alamak, nak bagi apa kat izzati, budget memang nak bagi hand bouque je.. survey punya survey.. at last jumpa nombor telefon pembekal bunga Melayu di Kuantan. Okey, tidur, pagi esok call.. Gilerr kalau pukul 12 tengah malam call florist tu, silap hari bulan kena karate. hehe..

8.30 pagi bermulanya Long Call Izzati, adik Shahida, Syafiza membuat laporan Live dari Kompleks Mahkamah Tinggi Kuantan. Hehehe.. sampai nama Marliana dan Shahida disebut sewaktu pembaptisan?? pun dia beritahu.. Terima kasih Izzati atas Penghargaan yang diberikan. Semoga ukhuwah fillah ini akan berkekalan hingga ke jannah, amin...

Risaunyaaa bunga tak sampai2.. Akhirnya, adikku dan Marliana yang dah tak sedap punggung menghadap makanan yang lazat ditempah khusus oleh 3 Peguam baru mendapat hint supaya menanti abang penghantar bunga untuk mengambil pesanan. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya bunga yang Shahida dan Marliana kongsi sebagai hadiah hari Bahagia kawan kami ni.. Then, dengar cerita dua orang si Syafiza dan Marliana still tak puas hati dengan bunga tu, pergi pulak kedai, tambah coklat cadbury plak.. Mesti hebat diorang decorate ni.. haha..


Laporan Langsung juga mengatakan hujan lebat dalam Mahkamah berlaku. Kiasan je, hypebola plak rasa, hehe.. Tabahlah sahabat, akhirnya perjuangan mu membuahkan hasil. Moga selepas ini kamu menjadi Peguam yang berjaya, amanah, dan jujur dalam pekerjaan. Semoga dapat gelaran Datuk, amin ya Rabbal alamin... ^_^ SeNyUm SoKmO!!

No comments:

Post a Comment