WeLcOmE...

Kepada pengunjung blog ni, terima kasih kerana memberi sokongan.. walaupun saya baru berjinak-jinak dengan blog, moga saya dapat membawa manfaat kepada kita semua dan berkongsi pengalaman sebagai seorang muslim, anak, kakak mungkin, dan juga sebagai pelajar... mungkin ini adalah peluang untuk saya membantu adik-adik di luar sana yang masih mencari-cari apakah impian masa hadapan mereka. saya bukanlah sehebat pakar motivasi, tapi berminat untuk berkongsi pengalaman bersama orang luar... sekian, salam perkenalan dari saya... ^_^

Saturday, March 19, 2011

Movie2 bersama family!!



Nak tengok cite Dream High!! My adik cakap BEST!! Dah abis pun main kat Tv.... huhu.. Tepon adik semata-mata nak bagitau dah dapat cerita "Secret Garden" dari kawan.. 'Riak kejap' hehe... Tu jelah kerja kalau balik cuti mid-term dengan cuti semester... Aduhai adik2ku, nak exam ngadap gak drama cintan-cintun korean ni, mulalah lalai tak study! Kakak dia pulak se'kaki' je nengok, bukan nak tegur pun.. hihi.. Yelah, rindula tengok drama, movie dengan adik-beradik. Kat asrama tengok dengan kawan2. Masa tonton movielah kami nak bersenda gurau. Kalau tengok movie ke, drama ke, mulut sorang2 mesti tak duduk diam..

"lepas ni jadi apa?"

"Nanti Hero mati ke?"

"Kesiannya, nape heroin mengalah cepat sangat?"

"nape hero tu tak balas pun bila kena tumbuk?"

"eee... gelinya..."

"eee... takutnya"

"Lepas ni mesti dia gi jumpa heroin kan?"

"Hahaha, lawaknya heroin tu tendang punggung hero.."

"Wah, bestnya!!"

"sedihnya..." sambil teresak-esak nangis... kalau mak ada, mak pun sekaki menitis air mata.. hahaha... HA! Time ni la best bila ayah masuk line... "Hmm, mak dia tu orang tak nangis, dia nangis dulu.." usik ayah..

"Mana ada.." dengan suara serak2 basah dengan mata merah mak jawab.. then, sempat lagi tarik hujung lengan baju kesat air mata yang mengalir tu... hahaha... lawak la mak ni...

"Mak dia tu paling minat cerita tamil. Dia suka tengok aksi lawan2.." usik ayah lagi..

HAHAHAHA... kitorang memang takleh tahan gelakla... tengah tengok cerita hindustan, tiba2 cerita tamil jadi mangsa..

"Mana ada, ayah dia tu minat tamil, kulit sama dengan dia..." balas mak..

Kahkahkah... tak sekali-kali mak mengalah.

okey, tontonan diteruskan hingga habis cerita sambil mulut tak kan habis pot pet pot pet kami adik-beradik...

"La, nape ending dia camtu?"

"Cerita ni mesti ada sambungan.."

Blablabla.... macam2 komen... tu kat rumah sendiri, sedapla mengomen... time kat rumah atok...

"kenapa mak hero serang heroin? kan.."

"Ha, mulut tu tak reti diam, tengok je la cerita tu senyap2" kata Mak Cik...

Waa.. kan dah kena sound... huhuhu...

TAPI..

"Angah, kenapa heroin tak cerita..." Huh! Nilah perangai kitaorang satu keluarga, mulut tak kan diam kalau tengok drama... huhu... still bot bet bot bet walau kena sound berapa kilo dari Mak2 sedara... kikiki...

Warghhhh, rindu pulak kat family!!! Biasanya Shahida jarang homesick.. hehe.. dah biasa duduk jauh.. tapi sekarang agak terasa gak la bila mak dah lama tak koL... uhukhukhuk... sabar jelah hati... Kalau Shahida tak call rumah, takkan nya boleh dengar suara mak, suara ayah, Along, adik-adik... Ayah pun amat jaranglah dapat dengar time duduk di perantauan ni.. kalau mak takdek kat rumah je baru ayah angkat. Kira suatu keajaiban la kalau dengar suara ayah yang angkat telefon rumah! hehe... Yelah, dalam 1 semester hanya 1 atau 2 kali je suara ayah kedengaran kat telefon... Anyway, Angah sayang Ayah!! Saaaaayang semua!!! ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...