Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Sambutan Perarakan Maulud UMK'11

Seawal 7.45pagi kami dah berada di perkarangan kolej kediaman untuk berarak...


With kontijen Wataniah.. hihi.. kat belakang tu banner Suksis punya...




Selepas berarak keliling Taman Bendahara, sedia untuk dengar ceramah Maulud..


Ustaz ada pesan..

"Wanita2 kat luar sana kalau nak jawab salam, hati2lah sebab dah banyak kes saya jumpa bila dia jawab salam je, terus kena pukau. Satu kes tu, lepas jawab salam, lelaki tu bawa dia pergi mesin ATM keluarkan duit, lepas lelaki tu pergi, dia macam ada switch on-off pulak, perempuan tu sedar, dia ingat apa yang dia buat, terus report polis."

Ish, takut je dengar... lain kali jangan jawabla suara2 nakal yang beri salam sambil cakap "tak jawab dosa..." sebab ustaz cakap bergantung pada keadaan, kalau dah tahap memukau-mukau ni yang taknak ni.. jawab dalam hati pun apa salahnya kan...

Lain2 adalah berkisar tentang kisah isra' mikraj di mana peristiwa Nabi naik ke langit untuk menerima perintah Allah untuk solat 5 waktu.

Ustaz pesan juga, untuk jaga hubungan dengan Allah s.w.t, kita kena jaga hubungan dengan ibu bapa. Yelah, Redha Allah terletak pada Redha Ibubapa. Shahida setuju sangat2 bila ustaz cakap bila kita exam, paling mudah bila kita dapat doa dari ibu bapa. Baru ni jawab exam lupa nak call mak sebab serabut dengan assignment, memang tension la jawab soalan. Study lain, lain pulak yang masuk..


Then, kita dengar nasyid sikit.. group junior ni memang best arr suara diorang...



ala, slack arr, video xley nak upload...

Lepas habis nasyid and amanat Dato' Mortaza, makan, sesi berdialog Wataniah dengan Dato' M ni untuk tingkatkan prestasi Wataniah UMK...

Petang, discussion sikit untuk strategic entrepreneurship group assignment bersama Devi, Sakinah, Epul, & Sarawak. Fuh, seronok gak group dengan Sarawak @ Nazirol ni.. lawak habis..

"Nama company kita apa?"

"Fishy-Fishy" hahaha... tolong la... ntah, akan dipertimbangkan!

Taktaula apa akan Sawak ngarut waktu presentation nanti.. Hari tu waktu kelas muzium, tiba2 je Kak Bila jadi 'bekas penjaga gol Selangor' untuk business plan muzium bola sepak diorang.. haha...

No comments:

Post a Comment