WeLcOmE...

Kepada pengunjung blog ni, terima kasih kerana memberi sokongan.. walaupun saya baru berjinak-jinak dengan blog, moga saya dapat membawa manfaat kepada kita semua dan berkongsi pengalaman sebagai seorang muslim, anak, kakak mungkin, dan juga sebagai pelajar... mungkin ini adalah peluang untuk saya membantu adik-adik di luar sana yang masih mencari-cari apakah impian masa hadapan mereka. saya bukanlah sehebat pakar motivasi, tapi berminat untuk berkongsi pengalaman bersama orang luar... sekian, salam perkenalan dari saya... ^_^

Sunday, July 25, 2010

Rindu datang lagi!!!



wah, dah lama tak tulis blog.. hehe..


Yela, duduk rumah, mana ada time nak jenguk blog, facebook pun dah jarang, balik UMK plak, air takdek kena sekat, internet pulak lembap! ish3x... seb baek sekarang keadaan dah membaik! barula boleh mem"blog".. haha..




Rindu datang lagi! Mana tak nye... malam nak balik ke UMK punya la beria meredah angin dengan Syafiza (my 3rd sister), nak jumpa adik joe dengan adik Min di rumah Mak De, rupa2nya mak Andak tak jadi hantar diorang... syahdu betul! Takpela... adik2 ku tunggu kepulangan Angah raye nanti!!! ^_^

Nilah nak bawak satu al-Kisah si Yasmin yang banyak mulut... huhu... Gambar ni okey lagi makan kek time hari ibu... Kek yang ni nasib baik selamat ambik gambar belum potong.. Kek ibu sebelah atuk, dia yang rasmi dulu.. tak menyempat-nyempat..ish3x.. memang dialah racun, dialah penawar dalam keluarga kami.. ^_^ macam-macam hal terjadi masa cuti.. Yasmin rosakkan Game Boy, dituduhnya baby (Adik Joe)
yang buat.. Time Pak Yo kahwin, "Amin nak tengok je kek ni", tapi lidah dia dah jilat satu pusingan bibir... haha... nakal betoL! Time rombongan kahwin nak balik pulak.. "Amin, angah ada kek..." dan dengan selambanya dia cakap "Amin dah makan kek tadi, mak su bagi" eceh, cepat btoL dia panggil mak su.. dah tak layan la tu kononya.. Tiba2, time Mak Andak, Dik Joe, Umi & I pulang dari Giant... jengjengjeng... "wah, amin makan kek? Angah nak jugak..."
Setelah mengambil kek dan makan di depan Yasmin... "Nanti habisla kek Amin.."
Then, ada suara yang gelak... haha, haha... ?!!!! "dah 5 keping kek Amin makan, tak cukup lagi ke?" .....
Ha, satu lagi.. sehari sebelum Pak Yo kahwin, Pak Yo balik bawak KFC... Yasmin pun apa lagi, "Amin nak ayam, Amin nak ayam!!"
"Sabarla Amin, Pak Yo bawak pergi dapur dulu"
"Tak nak, Amin nak makan kat sini, Amin nak sekarang" sambil nangis-nangis... Sabar-sabar..
Ayoyo.. tahan aja sama ini budak... Then, kami makan depan dia, seketul sorang sementara Yasmin tengah berusaha makan peha ayam KFC nya..huhu..
"Habislah ayam Amin..." suara manja, nak nangis pun ada.
Mak Tih mencelah "Habiskanlah ayam tu dulu..."
Senyap! Then, habis seketul, cukup! Dah penuh agaknya, takdek pulak merengek-rengek mintak lagi..haha... Pengarang Jantung betol!
Satu lagi ayat Amin yang tak boleh lupa..
"Jangan tinggal sorang-sorang Amin..." haha... memang nak pecah perut tiap kali dengar ayat ni time kami nak keluar beli barang or makanan... dah la ayat Bahasa Malaysia nya tunggang terbalik, kesian pun ada kena tinggal kat rumah dengan Mak Tih or Mak De... Tapi Mak De jugaklah Mak Saudara kesayangannya...
"Amin duduk rumah ya, Angah dengan Achik nak pergi sekolah..."
Barulah Yasmin senyap. Sebab? sebab Mak Andak kan cikgu, so dia ingat orang nak pergi kerja la tu.. huhu...

Ada lagi, 3 minggu sebelum balik UMK, musim durian...
"Amin suka makan durian..." kata Yasmin la.. tapi atuk, Mak De, Mak Tih mahupun Mak Andak a.k.a mama Yasmin tak bagi dia makan banyak2, takut panas badan, demam pulak...
Suatu hari, pulang dari merempit...
"Amin.... 'something'.... tahi durian"
"Apa Amin cakap?"
"Yasmin, basuh muka..." kata Mak De...
Yasmin pun basuh muka...
Dan Mak De pun buka cerita...
"Amin makan comot! Mak De cakap kat dia suruh makan elok2, nanti lekat tahi durian.."
huhu... TAHI DURIAN?!! patutla pun...
Ni satu lagi Al-Kisah, Mak Cik belikan Yasmin kepak rama-rama siap dengan tongkat sakti dengan skarf spring bentuk love... tu pun sebab Yasmin duduk belek2 buku Leno.. Dia beria-ria tunjuk gambar dalam katalog tu sambil kata.. "Amin nak ni, nak ni.." Sebab tula Mak Cik belikan...
Bermulalah kisah apabila Shahida mengambil tongkat saktinya...
"Amin jadi katak, ting!" sambil menghayun tongkat tu...
"Frog, frog"
Hahaha... bukan 'Ong-ong' ke?!! Satu rumah gelak!
"Amin jadi kucing, ting!"
"meow, meow"
huhu...
"Angah, suruh Amin jadi chipmunk.." jerit Atin.
"Amin jadi chipmunk, ting!"
"Lalalala...." dengan suara halus...
Hahaha.. dia nak nyanyi lagu bad day tapi tak ingat, sO jadila bunyi lalala ala-ala chipmunk tengah nyanyi..haha.. macam2 la Yasmin ni...
Then dia ambil tongkat..
"Angah jadi harimau"
"Auuummmm"
Lintang pukang Yasmin lari.. hahaha... sambil jerit2.. kahkahkah.. tak boleh blah!
satu lagi.. tak dapat layan masa tu..
"Angah jadi buaya kecik, ting!"
kahkahkah.. mana la dia dapat ayat tu? takut kot kena ngap dengan mak boye ni... hahaha...
Adik Joe pulak ceritanya makin nakal.. berlari sana, berlari sini... ish3x! Penat Angah kejar tau!! Ada sekali tu, kakaknya Si Yasmin curahkan semua barang mainan, alih2, dia pergi masuk dalam kotak kertas yang kosong tu... tak nak keluar pulak tu.. wan pi btol adik Angah ni!! Yang lain2, kurang bersama adik Joe sebab time adik Joe tidur, Angah jaga, time dia bangun, angah tidur.. ish3x... mana tak tahan rindunya ni... :-/ Hmm, cakap pasal tidur, boleh pulak adik Joe tidur time Pak Yo angkat nikah ye.. melepas angah nak tengok Pak Yo angkat nikah.. sobsobsob.. hehe.. gurau je.. dapat teman & tengok dik Joe tidur dalam kereta pun srOnok.. bukan Angah selalu jumpa dik Joe sangat pun masa cuti, kan? hehe...
Key, next time al-kisah pergi kebun + fun fair plak ye... hehe... banyak nak cerita sebenarnya.. blom masuk time buat praktikal lagi..hehe... key.. tata titi tutu... maassalamah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...